Wednesday, December 10, 2014

Bahagia itu nikmat daripada Allah


assalamualaikum.....

dear diary.... terlalu banyak yang nak dikongsi tapi tak mampu untuk ku luahkan satu persatu.... hanya Allah yang tahu apa yang dba rasa....

mungkin terlalu awal untuk  dba fikirkan soal jodoh.. kematian menanti diri ku... tapi dba hanya manusia biasa yang mempunyai fitrah sukakan seseorang... suka untuk dicintai dan mencintai... tapi kami menyimpan perasaan cinta ini dan bila masanya sudah tiba akan kami luahkan jika sudah diijab kabul...

semalam (10.12.2014) dba jemput Mr.Rugby datang ke walimah abang 15.2 nanti.. Allah... mungkin tak perlu diceritakan disini..cukup kami sahaja yang mengetahui... ^_^

Monday, November 24, 2014

41 DARJAT WANITA SOLEHAH

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.
Allahualam,

Wednesday, November 12, 2014

Erti persahabatan

assalamualaikum....

semalam best, dapat jumpa dengan keluarga ayuk .. ayuk ajak dieba and trex pergi rumah dia sebab nak ambil barang yang tertinggal kat jasin. memang best sebab dapat jumpa dengan bakal doktor(kakak ayuk)...lepas tu akk boleh pula melayan karenah kami berdua yang banyak mulut and kuat gelak ni......... tapi, betul orang cakap, setiap kegembiraan yang teramat sangat mesti akan terselit kesedihan..... masa balik naik kereta diba duduk belakang, and diba dapat mcg daripada aidil.....

aidil ...... kawan diba kat utem... walaupun dia lelaki, diba perempuan tapi dia xpernah lokek ilmu.. dia tak pernah nak kedekut masa utk ajar diba apa yang diba xfaham..... dia sanggup spend time utk ajar diba apa yang diba xfaham...... tapi malam tu dapat mcg daripada dia.... okeyyy sedih sgt.. terharu dan haaaaaa sangat sedih dan terharu.... sukar nak ungkap melalui kata2..... kerana diab, dia sanggup korbankan persahabatan kami... untuk jaga aib diba...dia jauhkan diri daripada diba,,dia  xnak orang cakap belakang lagi pasal hubungan persahabatan kami.... Allah je tahu apa yang hati diba rsa malam tu....... diba ketuk pintu hati... diba tanya hati....."apa salah aku?"...diba bagitahu pada hati "kalau aidil sanggup korbankan sedikit pengorbanan utk aku,kenapa aku tak cuba korbankan sedikit pengorbnan utk diri aku sndri?".... diba tahu diba mampu buat , tapi kekadang dba rasa mcam :sempat ke aku nak ubah keadaan balik?" aku ni teruk sangat... :( tapi aku bukan berkawan dengan orang yang buruk akhlaknya, buruk tingkah laku nya...... takpelah..... aku kene sedar, tiada erti kawan baik yang teramat baik antara lelaki dan wanita,,,,,,diba akan cuba buat yang terbaik utk ubah semua ni balik... tapi xsalah untuk berkawan cuma diba mungkin kene ketatkan lagi peraturan diri ini bila berkawan.....

 tu je nak cerita,, puas nangis semalam...lepas nangis terus tertdo...hahaha..bagus,,,,,,okeylah nak mandi !! nak g kampus kejap lagi....




salam sayang dari Diba ~Dee

Sunday, June 8, 2014

sekadar perkongsian :D

Assalamualaikum...
NEW POST !!! WINK..WINK.... ^_^ hahaha

Hye.... pertama sekali diba nak cakap yang diba happyyyyy sangat2 sebab dia ada berita baik pasal ayah..hewhew.... 

hari ni ada walimah abang ammar dan kak safiah..so mak kene masak nasi arab untuk walimah ni.... so tadi masa diba tgah tolong2 packing makanan...si huzaifa (adik abg ammar ) dia pergi dekat dengan diba untuk ambil air then dia bagitahu diba yang malam tadi dia mimpi arwah ayah..dia bagitahu ayah berada di sisi orang2 yang beriman... ayah pakai serba putih...0ohh :') best nya mimpi camtu.... 

so far sepanjang 8 bulan ayah pergi ni diba kalau mimpi yang biasa2 je lah..macam kenangan dengan arwah....tapi kalau adik2 madrasah diorang mimpi ayah siap nampak ayah pakai baju putih macam yang selalu dia pakai dan melawat diorang kat madrasah...Allah..bila dengar diorang cite,muka nampak senyuman tapi hati ni? Allah je tahu...hati ni da terlampau sebak sangat !! tak tahu kenapa... air mata dah bagi surat permohonan nak nangis tapi hati cakap jangan ! kene kuat.... :)

Alhamdulillah...diba baru je lepas delete semua gambar diba kat instagram tu,,yang berselfie2 bagaiiii..haihhh.. malu nya rasa,,,,serius cakap...selfie memang best..haha tapi entah lah mungkin hidayah Allah masa tu tak datang lagi....sebab tu suka letak gambar sendiri pakai purdah dalam instagram.... kat facebook ni tokseh la cakap bape orang dok post pasal perempuan pakai purdah xpyh lah letak2 gambar kat laman sosial sume...memang panjang berjela la diorang bagi tazkirah tapi entah lah rasa macam tak elok tapi kekuatan hati tu takda nak tinggalkan benda tu..sampai lah satu hari tu terbaca post akk facebook..entahlah..terasa deep sangat dengan post dia....memang itu merupakan post2 orang yang selalu diba baca tapi entahlah kali ni rasa lain..lepas je baca terus rasa macam nak berubah...so diba da tekad ~!diba nak berubah...so malam tu juga diba delete semua gambar :) alhamdulillah..memang hati ni berat tapi pujuk juga hati ni untuk kuat ! untuk terus istiqamah..... a  

kekadang terasa macam dipermainkan....

aku ni pakai purdah tapi aku still tayang kat orang gambar aku...aku still bagi lelaki tengok muka aku walaupun aku tutup sebahagian muka aku dengan purdah tapi mereka still boleh nampak kecantikan aku walaupun aku bertutup..kan?....cehh xdelah nak cakap aku ni cantik ke apa tapi point yang aku nak sampaikan ni si lelaki tu still boleh bayangkan muka aku ni macam mana kalau dia tengok gambar aku lama2..siyez ! betolkan..daripada mata akan turun ke hati..haihhh ni yang kekadang blh timbul fitnah... alhamdulillah Allah sedarkan aku....aku taknak dah letak gambar sendiri kat instagram,,,aku tak nak jual muka aku kat instagram..biarlah cantik ni utk suami.. :D 

aku rasa ayah pon suka bila aku buat camni,,yelah..kalau dah letak gambar dalam laman sosial lepas tu lelaki tengok dengan bernafsu, xke boleh jadi dosa kita ni??..hm lama aku fikir pasal ni..kekadang lelaki ni memang suka like gambar2 kita tapi sebenarnya dia tak suka pon perempuan macam kita lagi2 yang berpurdah letak gambar kat laman sosial..so fikir2kan lah apa yang terbaik untuk diri kita semua wahai wanita....sedarlah, jumlah orang yang masuk neraka memang ramai tetapi kebanyakan mereka adalah wanita...perkara yang kecil pon blh jadi besar,.dosa yang kecil tu pon kalau tak dicegah awal akan jadi dosa besar..Allah...lepas tu wanita tu tetap cantik walaupon tak ditunjuk...

tu je nak kongsi...bubbuyeee assalamualaikum


Thursday, June 5, 2014

AKU PERLU BERUBAH !!!

assalamualaikum.... 

ahlan wasahlan ya habibi??..apa khabar kawan2 semua??..inshaaAllah..sentiasa hidup kita sentiasa diberkati oleh Sang Pencipta....

entah lah..pagi ni susah nak tidur ... lepas kemas kini upu, terus nak on9..... hm iman kamzun(lemah) lah ... ya Allah..makin hari rasa makin lemah.... tapi sedang berusaha untuk perbaiki kelemahan tu.. doakan untuk  saya ye :') 

manusia kalau nak kan perubahan perlukan pengorbanan kan?...dan setiap pengorbanan tu ada manis nya... kenapa kadang-kadang hati ni cepat goyah?...cepat goyah dengan hasutan syaitan...ya Allah.... untuk berubah, kalau tak mampu secara drastik,,,buat perlahan lahan...setiap masalah Allah da sediakan jalan ....terpulang pada kita untuk memilih mana satu jalan yang terbaik...

AKU juga manusia biasa.....sedar dengan kekhilafan diri... sedar dengan dosa-dosa yang ada sekarang ni...terlalu banyak keburukan berbanding kebaikan... ya Allah....

dikala hati berbisik..." aku nak berubah"... ada pula bisikan hati lain mengatakan " tak payah dulu..jangan peduli apa orang cakap".. ya Allah ! perasaan ini lah yang aku sedang bertarung.... 

AKU adalah wanita...sebaik baik wanita adalah wanita solehah.....wanita perhiasan dunia... ya Allah kerana wanita lelaki dapat free2 je dosa..kesian kalian..,...tapi jangan salahkan wanita 100% sebab lelaki pon perlu jaga pandangan kan?..he3,, masing-masing kene jaga pandangan....

Alkisah miss dieba kali ni adalah..............................................

hatiku tergerak bila terbaca satu post akk ni kat fb daripada seorang sahabat...

"ATTENTION
.
Hawa sayang,
.
Tahu tak korang ,

Perempuan yg menayang gambar di laman sosial itu ibarat menjual dirinya sendiri? - Ustaz Pahrol

.
Tahu tak korang,
Setiap selfie kita yg diupload kat instagram ni akan automatically saved dlm internet?
.
Tahu tak korang,
Eventhough kita dah private instagram kita drpd ajnabi pon,
Deme boleh tengok gambar kita kat internet?
.
Just by search kita punya tag dan caption?
.
Tak percaya ?
Korang boleh bukak starstagram.com and iconosquare.com and search for tags.
.
Hawa ,
Jadikan dirimu mahal bagai berlian di dlm balang kaca .
Bukan semua dapat menatap kita .
.
Hawa,
Muslimah yang solehah itu,
Tidak memandang,
Dan tidak dipandang.
.
Hawa,
Macam mana Adam tidak memandang,
Jika anda yg menayang?
.
Hawa,
Ini bukan salah Adam semata-mata.
Salah kita juga kerana memaparkan diri kita.
.
Hawa,
Maruah diri kita tidak ternilai jumlahnya.
Takkanlah sewenang-wenangnya dipamerkan begitu sahaja?
.
Hawa,
Masih belum terlambat ,
Utk kita bertaubat.
.
Selfie itu tidak salah.
Upload selfie banyak-banyak di laman sosial itu wajarkah?
.
Apa yg kita dapat dengan upload selfie di laman sosial?
.
Pujian manusia ?
Like ?
Share ?
.
Caption dah gempak.
Tapi gambar selfie nampak?
.
Jika kita ingin masuk ke syurga-Nya .
Kita kena ambil kira,
Pandangan Allah kepada kita.
Bukannya pandangan manusia.
.
Bersihkan hati.
.
Sebelum melakukan sesuatu,
Fikir dulu kesan baik & buruknya.
.
Is it really worth it?
.
Apa guna kau terkenal di kalangan manusia?
.
Tidakkah kau mahu terkenal sebagai bidadari syurga?
.
Yang disanjung tinggi penduduk langit & juga dunia?
.
Pilihan di tangan kita.
Kita pilih akhirat atau dunia?
Syurga atau neraka?
.
Tegur kerana sayang wahai sahabat.
Tiada niat utk menjatuhkan.



ya Allah..#deep sangat !!!.... 

selama ni aku tahu sebagai wanita berpurdah tak seharusnya aku menayangkan gambar gambar aku kat fb,instagram dan twitter....memang bukan tujuan untuk menunjuk kecantikan....tapi,,,perlu ke sebenarnya??... ye...bila baca post sahabat ni...aku terasa sangat!! selama ni memang instagram tempat aku berselfie meletakkan gambar walaupun berpurdah... memang nampak mata je....tapi bila difikir fikirkan balik....bila kaum adam melihat mata ku ini,,,,tak ke mereka akan suka dan akan tertarik dengan ku?..walaupun hanya sepasang mata ?...mata menjadi panahan cinta seorang lelaki terhadap wanita....dari mata turun ke hati....aku tak mahu menjadi pujaan ribuan lelaki di luar sana... kecantikan ku hanya untuk seorang lelaki yang bernama suami...lelaki yang memimpin ku menuju ke syurga...dan aku harus membiasakan diri daripada sekarang!..

hm memang tak salah nak meletakkan gambar kat fb twitter dan instagram.... tapi untuk kes aku memang banyakkkk sangat gambar pakai purdah dan niqab.. mungkin ini lah masa nya untuk aku berubah.... muhasabah diri..Allah tahu yang terbaik :)  

HATI !!! tolong jaga kelakuan..sokong lah saya !!! ... jangan mendengar bisikan jahat..... kuatlah wahai hati..mantaplah wahai iman....

aku nak berubah..aku tahu bukan senang,,..... indah nya wanita berpurdah..lagi indah jika kita sorokkan keindahan tu.... apa yang aku dapat kalau aku post banyak2 gambar?... just LIKE....COMMENT macam "cantiknya...." ..puas ke aku dengan apa yang aku dapat ni?... betul ke tindakan aku ni?... 

ya Allah...segala puji pujiaan hanya untukMu....

didiklah wanita dengan keimanan..bukan dengan harta atau pujian....pujiaan umpama pisau cukur yang membunuh kita..walaupun kecil tapi boleh membunuh! ya Allah.. aku tak nak jadi macam tu...ya Allah...aku tak nak menjadi wanita yang suka dipuji....biarlah dipuji kerana akhlak ku tapi bukan kerana kecantikan ku...

kadang2 kebaikan tu memang susah kita nak gapai...terlalu banyak sangat halangan dan cubaan...tapi akan ku cuba... aku cuba! sedar kan aku bila aku alpa....ketuk aku bila aku lupa !!... aku takkan marah...

aku bersyukur sangat dikurniakan kawan2 yang memahami..yang banyak memimpinku ke jalan yang Allah redha... kawan2 yang sayangkan aku..kawan2 yang nak kami sama2 masuk ke syurga.... sahabat until jannah :) 

aku tahu aku boleh buat!.. masa untuk mendelete gambar yang tak sepatutnya ada kat instagram... hehe ... biarlah orang tak kenal muka aku camna....yang penting Allah tahu...  ..

doakan ketabahan hati ini..... ya Allah :') aku ingin meraih redha mu.... 





kecantikan dan wanita ^_^

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga ♥♥


Assalammualaikum

Hello dear..

Entry mengenai wanita lagi. Wanita dengan kecantikan??  Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita. Kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, comfirm cermin ada di sisi. Bagi yang tidak cantik bagaimana?? Mereka bukan wanita?? dah lumrah seorang wanita memang setiap masa nak cantik lagi cun melencun. Bagi para wanita, korang pernah perasan tak korang ada perasaan iri hati terhadap wanita lain yang lagi cantik dari diri korang??


Contohnya bila tengok wanita tu tubuh ramping, pinggang kecil, betis membujur, rambut panjang dan pirang, kulit putih gebu, bibir kecil dan penuh, hidung mancung, dan mata berbinar..adoiyaii!! jeles woi.. Time tu dalam hati mesti akan kata " ishh, kenapa aku tak dijadikan cantik macam dia ek "?? You see, sebenarnya pemikiran macam tu harus dibuang ok. Apa yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu..setiap wanita berhak untuk cantik!!

  • Selalu bersyukur dan meningkatkan rasa syukurnya itu kepada Allah SWT, atas segala anugerah yang telah disampaikan Allah kepadanya.
  •  Percaya bahwa kecantikan bukanlah hal paling penting yang wajib dimiliki kaum perempuan.
  • Tampil apa adanya, tanpa mengenakan make up secara berlebihan. Mereka percaya pada apa yang dinamakan kecantikan natural.
  • Tidak memboroskan diri untuk merawat kulit dan wajah, apalagi sampai mengoperasi bagian-bagian organ tubuh demi penampilan. Sebagaimana diketahui, langkah ini dilarang dalam agama Islam.
  • Perempuan cantik menurut Islam adalah mereka yang memiliki kecantikan batin berupa ketakwaan dan keimanan yang tebal.
  •  Perempuan cantik menurut Islam adalah para wanita yang dapat menyembunyikan auratnya secara sempurna.
  •  Dapat menjaga diri dari berbagai perbuatan tercela. Perbuatan tercela dapat mendatangkan efek buruk, yakni dijauhi orang disekeliling kita.
  • Tidak memiliki sifat iri dan dengki. Kedua sifat ini dapat menghilangkan wajah ramah, dan berganti menjadi raut wajah muram. Ekpresi wajah seperti ini boleh menjauhkan kecantikan perempuan.
  • Memiliki wawasan yang cukup. Perempuan yang memiliki pengetahuan mudah diajak bertukar-tukar pendapat.
  • Memiliki sikap ramah. Percaya atau tidak, perempuan yang mampu menebar keramahan akan memancarkan daya pesona pada wajahnya.


Gambar hiasan


Kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi. Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapa pun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.
Rasulullah SAW juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik. Kecantikan akhlak boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!! bye ♥ see u again !

Sunday, June 1, 2014

DETIK TERAKHIR BERSAMA AYAH

assalamualaikum...

saat berganti minit..minit berganti jam...jam berganti hari dan waktu dan diba tak sedar sekejap nya masa berlalu.....semua nya macam mimpi... tak sedar dah hampir 8 bulan ayah tinggalkan mak,diba,muaz,auf,shyra dan abu.....Allah lebih menyayangi ayah...kami redha ya Allah..jika ini yang terbaik untuk ayah,kami relakan...semoga Ayah aman disana...

Pergi nya ayah tanpa diduga...ayah,jujur...diba tak sedia untuk kehilangan ayah..ayah adalah segalanya untuk diba...ayah pergi depan mata diba..suara ayah masa nazak ya Allah...Allah saja yang tahu saat itu,diba ingat ayah kene rasuk tapi tak sangka itulah petanda yang ayah akan pergi tinggalkan kami semua di dunia yang fana ini..Allah :'( 

JUMAAT 

masih segar dalam ingatan diba ayah, 2minggu sebelum ayah meninggal ayah dengan mak ada pi melawat diba kat matrik...macam2 ayah tanya kat diba pasal pelajaran, diba ada buat taklim tak kat bilik?,,,... dan paling diba tak boleh lupa...diba bagitahu mak ayah yang diba tak balik masa cuti hari malaysia...sebab malas nak balik cuti sekejap je....mak ayah pon okey jela....khamis malam sebelum cuti mula hari sabtu sampai isnin,mak ada call diba ...mak habaq suh balik jumaat ni sebab ayah suruh... diba mengeluh panjang masa tu sebab malas nak balik pi naik ktm semua...huhu tapi bila dengar dari telefon ayah suh balik gak.. jadi diba pon balik lah jumaat malam tu....ayah suruh balik macam tahu2 je yang dia da nak pergi dan dia nak jumpa anak perempuan dia ni untuk kali yang terakhir....hmm .malam tu mak ayah ambil diba kat ktm nilai...ingat lagi malam tu,masuk kete,mak yang drive ayah dok sebelah.... salam ayah tapi xtengok muka yelah sebab dah malam kan lagipon diba tertido masa otw balik rumah....sampai kat rumah angkat barang semua...tup2 ayah panggil masuk bilik...okey mula2 ayah cakap nak taklim sat, tapi sebelum tu suruh diba urut badan dia..alhamdulillah dapat juga diba khidmat untuk ayah saat2 akhir....ayahhh..kalau diba tahu itu adalah urutan terakhir diba untuk ayah, diba akan buat urutan yang terbaik ayah !!! tapi maaf.. :'( malam tu diba ngantuk sangat..diba urut gitu2 je kat ayah...last2 ayah cakap diba urut tak rasa pape..ayah suruh mak urut..lepas tu ayah letih sangat n ayah tidur.mak cakap kita taklim esok pagi je.... 

SABTU
pagi sabtu, mungkin ayah lupa kot nak taklim pagi ni...jadi pagi tu kitorang semua bangun dalam pukul 8+ camtu sebab lepas subuh tertidur balik.... pagi sabtu tu ayah dengan abu zar sibuk kemas kat luar rumah then diba dengan mak sibuk masak untuk breakfast.... .. tak sangka juga inilah breakfast dengan ayah buat kali terakhir..ayah sempat lagi bergurau dengan diba masa makan..mcm biasalah,,kene angin2 dengan ayah.hehe tapi diba ni memang jenis tak suka kene kacau.. memang orang yang kene kacau kene balik...ayah selalu kene dengan diba kan ayah! ^_^ 
pagi tu juga mak cakap nak pi majlis taklim mingguan... so lepas da kemas dapur semua diba pon siap2 lah kan nak g taklim..masa tu mak ayah dalam bilik...tetiba mak cakap "diba mak rasa kita cancel la sebab ayah tak sihat lah diba..jantung dia macam sakit sikit".. so bila mak da habaq gitu,diba pon masuk bilik terus baca buku sambil baring atas katil..tup2 tertidur..al kisah kat bilik mak ayah pula..abu zar yang lepas baca manzil kat depan ayah pon ikut mak ayah tidur gak..hehe ... 
masa nak zuhur , diba terbangun sebab ayah ketuk pintu..sekali tengok da azan rupanya.....hmm...lepas tu diba Allah bagi cuti so diba pi bilik mak ayah pi sambung tidoq balik kat katil mak..fuh lena sangat!! sampai kan diba mimpi sesuatu.. ya Allah !! ,,,diba mimpi ada mcm orang yang dibungkus..macam hantu bungkuslah..dia dekat dengan diba..sampai kat pipi diba...disebabkan terkejut sangat!! diba pon terbangun lah daripada tidur dan bangun terus !!! hehe.. masa tu mak tengah masak untuk lunch... tgah tolong mak masak tu tetiba ayah yang dari masjib habaq kat mak dengan gaya cakap dia yang tersendiri "ishhh tadi sakit betul dada abang..macam lain je rasa..macam bukan sebab jantung..mungkin BENDA TU KOT?" lepas tu ayah suruh mak call cik jia(kazen ayah=makcik ni kalau ayah kene ganggu dia pon kene gak..tapi cara kene ganggu je lain..)...masa call cik jia uh mak tanya "eh jia kau kat mana?..ni ha che mi tanya kau ada rasa pape tak??'" lepas tu cik jia cakap " aah aku ni kat kampung..balik denga uda..aku xboleh drive lah..kepala aku pening sangat sejak semalam"... bila ayah dengar je benda ni langsung habaq ! "jom balik kampunggggggg!!!!!" diba ni memang jenis malas sgt klau tengah cuti berjalan2 ...haa mula la mengeluh kat ayah "ayah kenapa nak balik?...diba cuti smpai isnin je ni..penat lah ayah...assignment ckg pon bnyk !" ..ayah senang je jawab "nak ikut balik jom ! xnak ikut sudaaaa"... dahh pulaaaaakk..hm memang diba kene ikut balik gak kampung.... lepas lunch ready untuk balik kampung.... masa tu mak yang drive...ayah duduk sebelah...masa otw balik tu petang uh mak cakap angin kuat sebab rasa kete crv ayah macam unbalance..so ayah ckp selawat banyak2... paling2222 diba terkilan...lepas ayah suruh selawat tu diba rasa ngantuk sangat but at the same time ayah buat bayan sikit....bayan tu macam tazkirah2 pasal kebesaran Allah..diba tak tahu kenapa mata ni terlelap dan akhirnya tertidur tanpa dengar apa yang ayah sampaikan dengan jelas.. ya Allah menyesal sgt..itulah bayan terakhir ayah untuk kami.... 

MALAM SABTU

malam tu kitorang singgah kat jasin untuk solat jamak maghrib isyak...lepas solat diba dengan mak tunggu ayah and abu dlm kete...tetiba mak cakap yang dia ada bawak biskut chocolate chip buatan mak n fav ayah !..diba dengan mak siap berluma makan biskut...tak tahu kenapa masa tu kitorang lapar sangat kot..lupa nak tinggalkan untuk ayah and abuzar...
dalam perjalanan tu ayah tanya mak, "ada biskut lagi tak?" ya Allah !! ayah tanya pasal biskut tu.. sedih nya sebab ayah xdapat nak rasa biskut mak tu lagi..kempunan ayah nak makan.... tapi takpelah..biskut kat syurga lagi sedap kan ayah !! ^_^ ..dan malam tu juga mak cite yang ayah ada cakap nak singgah makan soto kat kedai yang kitorang selalu makan uh... hm tapi malang nya masa lalu depan kedai tu ayah tgah on call n mak pula lupaaaaa nak stop ! lepas da melepasi kedai tu ayah tanya kat mak knp xsinggah kedai soto tu?..mak baru teringat dan minta maaf sebab lupa..n nk ajak ayah pusing balik tapi ayah cakap ayah nak makan rumah je... masa sampai kat kampung , rupa2nya ada kawan nenek tumpang tidur rumah nenek...hmm okeylah layan jelah sebab nenek tu pon sporting gak..lupa da nama dia..he2... malam tu diba sibuk join kazen sume tengok tv...ayah mak atok nenek tgah makan kat belakang... hm malam tu xtahu kenapa,,rasa nak buat benda semua ny lambat2..masa makan dinner pon diba lambat..ayah da siap makan..just nak makan ubat je...lepas tu ayah pergi..... nenek yang tumpang rumah nenek ada cakap "ayah ada masuk bilik air then bila dia keluar ayah perhatikan setiap sudut rumah nenek..ya Allah ! ayah macam tahu2 je dia akan pergi dijemput sang kekasih yang hakiki...... .. malam tu diba tgah study kat depan rumah nenek ,then tetiba mak duduk dekat dengan diba n mia yang sibuk tengah study + bercerita... mak tanya mia "mia da solat?" mia jawab "belum mokde hehe"... lepas tu mak bagi tahu dia " mia,malaikat maut ni setiap bebrapa minit dia sentiasa perhatikan kita....cuba bayangkan kalau Allah cabut nyawa kita sebelum kita solat?..." lepas tu mia pun takut2 n ajak diba teman kan dia solat...tapi sebelum tu lepas ayah habis baca amnzil,ayah suruh mak ambil kan minyak panas urut kan badan dia...alamakkk kebetulan pula minyak tu dalam kete....nak harap kan abu zar memang sampai esok dia xambi.last2 ajak mia g ambil kat dlm kete... lepas da ambil minyak...ayah bgtahu mak yang dia haus..dia nak air...mak pula pi suruh diba ambilkan air untuk ayah...mak cakap bila lagi nak khidmat untuk ayah kalau bukan masa cuti ni...diba ni walaupun malas2 nak pergi ambil tapi ambil juga ! huuhu untuk ayah kan :D ... lepas ambil air g la depan bagi air kat ayah tapi ayah tolak sebab ayah cakap ayah nak minum air sejuuuuuukkkk...aduhhhh haha okey fine g lah tukar air.... masa tu lah saat terakhir diba dengan ayah...ya Allah... :'( ayah terus masuk bilik dan tidur.. 

PAGI AHAD

masa ni baru pukul 12.30 tengah malam.... mak ayah  ayah da tidur...diba pula teman kan mia solat... mia yang baik hati teman kan diba study sampai pagi...lebih kurang pukul 1.00 pagi kot tetiba pakngah bangun daripada ruang tv(tempat cucu2 sume tdo reramai) ke bilik dia yang ada kat depan tempat diba belajar pagi tu...pakngah masuk pon sebab nak ambil bantal then dia pergi tidur depan tv blik..... tak lamaaaaa lepas tu tetiba diba dengan mia terdengar ada bunyi mcm bising dr dapo..... kitorang ingat pakngah tapi kenapa ganas sgt? sampai bunyi mcm periuk..diba dengan mia memang da cuak sangat tapi kitorang husnudzon je..kitorang fikir itu pakngah...tak lama lepas tu diba rasa haus dan lapar sangat,diba ajak mia pergi dapur cari makanan..lepas tu da buat air n ambil kuih raya yang berbaki..kitorang pun pergi semula ke depan... saat kuih yang baru masuk ke mulut dan baru berkunyah tak sempat telan lagi,tiba-tiba diba terdengar bunyi bising daripada bilik mak ayah...bunyi tu macam seladang yang tengah kluar kan angin daripada hidung dan bunyi sangat kuat!!! mula2 dengar kitorang terkejut..kali kedua dengar diba terus ketuk rempuh bilik mak ayah then mia terus kejutkan makngah kat bilik sebelah... masa ketuk bilik mak ayah tu terdengar suara mak panggil ayah "abang...abang"... diba makin takut...mak terus buka pintu..diba terus pergi kat ayah,diba pegang ayah ! diba ingat ayah kene rasuk sebab keadaan memang mcm orang tengah kene rasuk..mak masa tu da nangis2 sambil tu mak ucap kat telinga ayah ! mak dakwah kat benda tu sebab masa tu memang kami semua fikir ayah sedang dirasuk ! sebab tu mak dakwah benda tu dengan harapan ayah akan okey....tak lama lepas tu pakngah datang.... diba tak tahu kenapa masa tu tiada air mata yang keluar daripada mata ni...diba terus keluar call muaz kat UMP...tapi hampa..semua call xangkat.....diba kembali tengok ayah...abu zar yang tengah kalut,buat solat hajat sampai salah kiblat dan sambil nangis2... lepas tu baca yassin tepi ayah... diba kat tepi ayah..tenang kan ayah...sedih tengok keadaan ayah masa tu...Allah je Maha Mengetahui apa yang ayah rasa..tak lama lepas tu tangan ayah yang ayah keraskan sambil berdengus tu mulai menjadi lembut dan mak yang tengah pegang tangan ayah merasai sesuatu.....tangan ayah mula sejuk...ayah da menjadi tenang.....pakngah cuba periksa nadi ayah,Innalillah....Allah lebih menyayangi Ayah...Ayah da pergi tinggalkan kami.....Mak mula meraung ...mak tekan2 dada ayah...mak suruh ayah bangun..mak panggil2 ayah.... saat tu Allah je tahu perasaan kami....diba terus pergi kat ayah..diba cium2 dahi ayah,diba cium2 rambut ayah..diba xnak ayah pergi...diba tak bersedia lagi ayah !!!...ya Allah...masa tu diba ingat Allah je..diba sayang ayah,tapi Allah lebih sayang ayah..durra tarik diba keluar daripada bilik ayah,masa tu diba rasa kaki diba tak pijak tanah..diba mcm bermimpi...durra peluk diba...durra bagi kata2 nasihat..durra suruh sabar..durra cakap "muaz takde kat sini,mak kau perlukan kau untuk hadapi semua ni..." diba sedar apa yang durra ckp tu.... diba terus terjaga,diba memang perlu kuat..mak perlukan diba disaat mcm ni..kalau diba xkuat apa jadi pada mak nanti??...walaupun pura2 kuat,,diba kene buat juga!...hmm... lepas durra sarungkan jubah kat diba,diba terus call muaz balik...tapi xdpat juga then akhir sekali mak call muaz baru dapat.... diba terus call abang ammar jiran depan kami n rapat dengan keluarga diba... abang ammar pon sedih dan dia xsangka ayah da xde....hm..dan abg ammar n family yang bawa balik shyra n auf daripada madrasah ke kampung....

lepas da ramai penduduk kampung lelaki datang,ayah diba dibawa keluar dari bilik dan dibawa ke depan rumah....masa tu semua makcik2 diba baru sampai...semua tak sangka ayah pergi mendahului kami...kami semua duduk dekat dengan ayah...diba duduk sebelah ayah...diba pegang tangan ayah sambil baca al-fatihah..diba mampu hadiahkan ayah surah al fatihah je ayah ...bila toksu lim suruh diba buka kain yang tutup muka ayah,moksu lim terus berlinangan air mata dan dia cakap " tenang je muka che' mi..macam tengah tidur...comel sangat..macam budak2"... diba sebagai anak memang mengakui kecomelan ayah..he2..dalam sebak diba pun sempat bergurau dengan toksu lim..last2 dua2 menangis...

lepas tu pihak polis datang..diba terkejut! kenapa ada polis?...hm rupanya ayah kene bawa ke hospital untuk post mortem....sebab meninggal secara mengejut..ya Allah diba xnak ayah sakit..ayah terseksa sebab ni... tapi makdib bagitahu ayah kene buat sebab ayah ad company,ayah ad pekerja....nnt kalau xbuat susah....diba xboleh buat apa2...diba doa yang terbaik untuk ayah.....masa polis nak angkut ayah naik trak polis,polis letak jenazah ayah dalam plastik hitam...ya Allah saat tu diba tak tahan nak menangis...diba sedh tengok ayah kene cmtu...
 ALHAMDULILLAH! Allah mendengar doa saya barangkali...ayah xjadi post mortem sebab pihak hospital da call dokter wan yang rawat ayah n yang tahu secara terperinci tentang sakit arwah,dia yang explain semua tu dan ayah selamat tanpa post mortem :)

start polis bawa jenazah pergi hospital,hujan turun selebat lebat nya......sepertinya..mereka turut merasai kesedihan pemergian ayah.... muaz sampai lebih kurang pukul 10+ pagi daripada pahang..dan semua jiran diba dari selangor serta auf n shyra sampai lebih kurang 8+ pagi ahad tu.... jenazah sampai dlm pukul 11 drpd hospital...siap mandi dan kafan...alhamdulillah...pihak hospital buat kerja dengan cekap..Allah mudahkan segala urusan untuk ayah.... alhamdulillah, 3x solat jenazah untuk ayah sebab ramai sangat yang hadir,,,alhamdulillah ya Allah...kawan2 ayah daripada kalangan karkun juga ramai yang datang....

saat terakhir ni lah yang diba xmampu nak gambar kan perasaan diba.... Allah je tahu apa yang diba rasa.... seorang anak yang kehilangan seorang ayah yang paling disayangi !! ya Allah.. saat menunggu giliran cium ayah....purdah diba da lencun dengan air mata..basah sgt!... lepas giliran muaz,diba pula...masa nak cium ayah diba kesat air mata,kalau boleh tak nak setitik pon air mata yang jatuh kat kulit ayah...dia cium ayah..ciuman terakhir......ayah.... wangi sangat ayah masa tu...bau kasturi..... diba xkan pernah lupa bau tu ayah...masa diba cium dahi ayah,dahi ayah sejuuukkk sgt ayah..diba tahu ini lah ciuman terakhir diba untuk ayah...dari kecik diba dibesarkan oleh mak ayah....ayah kalau nk tunjukkan kasih sayang dia,ayah xpandai nk tunjukkan kasih dia mcm cium kitorang adik beradik...diba tahu ayah malu nak buat mcm tu..jadi kitorang pon sama cmtu... bila ayah da pergi, baru diba merasai nikmatnya ciuman untuk seorang ayah walaupun masa tu seluruh tubuh ayah kaku dan sejuk.....diba dapat cium ayah 2x...dan kali terakhir tu diba bagitahu ayah " diba redha pemergian ayah ini..diba akan jaga mak n adik2..ayah tenang kan sana,,,xrisau pasal kami,,Allah ada dengan kami "...... sebelum tutup muka ayah dengan kain kafan,atok yang berkerusi roda semahu mahunya nak cium muka ayah tapi tak kesampaian sebab atok tak mampu bongkok kan badan ... nampak muka atok kecewa...nenek pula kat dapur,,, nenek tak dapat nak tengok secara dekat sebab tak sanggup...nenek nampka tabah tapi hati nya bila sebut je nama ayah mesti nangis...... sementara tunggu mereka ikat kain kafan ayah,mak cakap kat kami semua kat situ "cepat usap ayah,ni lah kali terakhir kita blh pegang ayah..lepas ni da xboleh"..masa tu diba urut tangan ayah walaupun telah dikafankan...walaupun ayah da tak rasa segala urutan diba.....tapi biarlah...diba nak ayah tahu diba sentiasa rindu nak urut ayah :') macam selalu nya..kalau ayah sakit badan ayah mesti suruh diba urut kan....

ayah..... walaupun dalam keadaan tak sedia ayah pergi tinggalkan kami semua..kami redha ayah, diba redha dengan segala yang terjadi...diba tak mampu nak lawan kehendak Allah..ayah da lama sangat sakit..ayah da lama sangat tanggung kesakitan..ayah gembira dalam kesakitan.... ayah tabah..ayah sabar.... ayah teruskan juga buat usaha dakwah walaupun sakit ! ayah tetap pergi solat 5 waktu kat masjid walaupun sakit! ayah tetap keluar ke jalan Allah walaupun ayah tak sihat... ayah tetap buat ghash dari rumah ke rumah walaupun menerima segala tomahan dan cacian...ayah tak kisah...ayah banyak berkorban  untuk agama... diba nampak tu semua sejak kecil lagi.... ayah tak pernah bosan buat kerja nabi ni.. walaupun sesibuk mana ayah,ayah tetap luangkan masa untuk kerja nabi ini...  Ya Allah,sungguh ! pengorbanan ayah terlalu besar......alhamdulillah..ayah pergi dalam keadaan yang baik..ayah pergi lepas jumpa atuk nenek..ayah da jumpa diba,..sebelum meninggal pun Allah da rancang perancangan yang terbaik...ayah sempat jmp shyra dan auf ....alhamdulillah....... diba tahu,ayah pergi dalam keadaan khusnul khotimah.. ayah nazak sekejap je...masa hari otw balik kampung pon ayah xde pon ngadu sakit2 badan...ayah xdepun suruh diba urut ayah dlm kete..... Allah bagi ayah merasai kesihatan yang baik sebelum pergi...

ayah...
diba tabah..diba cuba tabah....walaupun diba tak kuat.,sebab ayah diba teruskan juga ketabahan hati ni...diba tahu diba xkuat,,,depan kawan2 kat matrik diba masih boleh senyum gelak semua, diba xnak diorang sedih bila tengok diba sedih....diba selalu nangis bila roommate xde dalam bilik...diba curahkan segalanya kat Allah...diba curah segala rindu diba pada ayah kat Allah.. Allah je boleh dengar luahan hati diba,,,,ayah muncul dalam mimpi diba..ayah senyum....diba tahu ayah bahagia di sisi Allah... diba xnak sedih tapi diba xboleh janji yang diba xkan nangis lagi... terima kasih ayah,,,ayah tinggalkan kami dengan Allah... mak selalu cakap "ayah tak pernah tinggalkan kita...ayah ada dengan kita cuma ayah berpindah tempat je :) " ini lah kata2 yang nak kurangkan nangis..bila kenang balik apa yang mak cakap,,,terus xnak nangis sebab diba tahu ayah tak suka kita semua nangis :)

ayah....
nampak nya, nanti diba kawen....ayah xdapat lah nak jadi wali diba kan..huhu .... dulu2 masa kecik diba suka tengok orang kawen2 ni tapi pada masa yang sama diba takut nak membesar..tahu tak sebab apa?...sebab diba takut ayah jodohkan diba dengan anak2 kawan ayah bila diba da besar nanti..macam2 lah otak tu fikir..hehe.... tu yang takot nak jadi dewasa cepat sangat..rasa nak jadi kanak2 sentiasa..heee.... tapi sekarang ayah da pergi.....hmm nampak nya adakah diba kene cari sendiri atau biar masa yang menentukan?..inshaaAllah..ada jodoh tak kemana kan..biarlah semua ni atas urusan Allah.... diba ikut flow je ^_^

ayah...
semua kenangan pahit manis yang pernah kita sama2 lalui takkan diba lupakan sampai bila2.... diba nak jadi anak yang solehah untuk mak dan ayah...diba tak sempurna lagi...diba banyak sangat kelemahan...diba cuba jadi yang baik walaupun bukan yang terbaik...inshaaAllah....  :)

akhir kata.....semoga coretan diba kat sini akan menjadi coretan yang bermakna untuk diba..supaya diba dapat ingat setiap detik terakhir ayah dengan kami semua..... Allah sayangkan ayah...Allah nak ayah berhenti daripada penderitaan...Allah sayangkan ayah....buktinya..Allah ambil nyawa ayah dalam keadaan baik...ayah nampak suci sangat..ayah yang diba kenal daripada dulu sampai la meninggal dengan pakaian yang putih je sentiasa..always! jubah ,seluar n baju ...semua putih......

sungguh...aku menyayangimu ayah........ ayah lelaki yang terbaik dalam hidup diba...,,...ayah rupanya2 suka bergambar ye...raya tahun lepas, semua orang sibuk beli baju baru....tapi ayah sibuk beli hp baru..samsung S4... ..lepas da ada hp baru tu,memang banyakkkk sangat gambar yang ayah ambil sendiri..selfie okey ! hehe lawak sangat.... ayah nak tido pon ayah ambil gambar... subhanaAllah ! ayah buat macam tu mungkin ayah nak ade kenangan tentang dia...sebelum ni memang ayah jenis susah nak bergambar,.... hehe lawak lah ayah.. lepas ayah da kebumi.... semua orang kat rumah kesedihan....rumah jadi sepi tanpa gelak.... dah xde orang nak kluar g pasar bli ikan2.... sedih ny :(

tak sangka ayah ni walaupun bukan lah dikalangan orang yang ternama....tapi dikenali ramai.... kerana pakaian nya dan akhlak nya...serta perbuatan nya :) banyak juga tempat yang kami pergi,kalau sebelum ni ayah selalu pergi macam pergi pasar, pergi bli itik panggang kat n9, servis kete......sebelum ni semua keje tu ayah yang buat tapi lepas ayah xde,,,,mak lah yang gantikan kerja ayah ni...kalau mak tanya orang kedai tu,kenal tak abang yang selalu berkopiah pakai bju putih?..diorang mesti cakap "0ohh yeye abang tu!" .... mak cakap ayah da xde...diorang terkejut sangat !!! termasuk lah orang yang non muslim..ayah dengan orang non muslim pun dia berdakwah..cakap tentang agama.... hebat nya ayah :') nak jadi macam ayah ..

diba rasa ini je coretan untuk hari ini...

                                                  salam sayang daripada NUR ADIBA BARIAH :)

tinggal kenangan :')