Assalammualaikum
Hello dear..♥
Entry mengenai wanita lagi. Wanita dengan kecantikan?? Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita. Kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, comfirm cermin ada di sisi. Bagi yang tidak cantik bagaimana?? Mereka bukan wanita?? dah lumrah seorang wanita memang setiap masa nak cantik lagi cun melencun. Bagi para wanita, korang pernah perasan tak korang ada perasaan iri hati terhadap wanita lain yang lagi cantik dari diri korang??
Contohnya bila tengok wanita tu tubuh ramping, pinggang kecil, betis membujur, rambut panjang dan pirang, kulit putih gebu, bibir kecil dan penuh, hidung mancung, dan mata berbinar..adoiyaii!! jeles woi.. Time tu dalam hati mesti akan kata " ishh, kenapa aku tak dijadikan cantik macam dia ek "?? You see, sebenarnya pemikiran macam tu harus dibuang ok. Apa yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu..setiap wanita berhak untuk cantik!!
- Selalu bersyukur dan meningkatkan rasa syukurnya itu kepada Allah SWT, atas segala anugerah yang telah disampaikan Allah kepadanya.
- Percaya bahwa kecantikan bukanlah hal paling penting yang wajib dimiliki kaum perempuan.
- Tampil apa adanya, tanpa mengenakan make up secara berlebihan. Mereka percaya pada apa yang dinamakan kecantikan natural.
- Tidak memboroskan diri untuk merawat kulit dan wajah, apalagi sampai mengoperasi bagian-bagian organ tubuh demi penampilan. Sebagaimana diketahui, langkah ini dilarang dalam agama Islam.
- Perempuan cantik menurut Islam adalah mereka yang memiliki kecantikan batin berupa ketakwaan dan keimanan yang tebal.
- Perempuan cantik menurut Islam adalah para wanita yang dapat menyembunyikan auratnya secara sempurna.
- Dapat menjaga diri dari berbagai perbuatan tercela. Perbuatan tercela dapat mendatangkan efek buruk, yakni dijauhi orang disekeliling kita.
- Tidak memiliki sifat iri dan dengki. Kedua sifat ini dapat menghilangkan wajah ramah, dan berganti menjadi raut wajah muram. Ekpresi wajah seperti ini boleh menjauhkan kecantikan perempuan.
- Memiliki wawasan yang cukup. Perempuan yang memiliki pengetahuan mudah diajak bertukar-tukar pendapat.
- Memiliki sikap ramah. Percaya atau tidak, perempuan yang mampu menebar keramahan akan memancarkan daya pesona pada wajahnya.
Gambar hiasan
Kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi. Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapa pun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.
Rasulullah SAW juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik. Kecantikan akhlak boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!! bye ♥ see u again !
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Promosi Hebat Untuk September 2015.
ReplyDelete