Saturday, November 9, 2013

Azab Kubur

    azab kubur adalah sesuatu yang sangat dahsyat, Kedahsyatannya hanya diketahui oleh orang-orang yang mengetahui tentang hadis-hadis yang mengandungi keterangan-keterangan mengenai azab kubur itu.

    Setiap kali Sayyidina Usman menziarahi perkuburan maka beliau menangis begitu sekali sehingga membasahi janggutnya yang mulia. Ada orang bertanya kepada beliau, "Tuan tidak menangis taktala mendengar perkhabaran tentang syurga dan neraka sepertimana tuan menangis ketika berada di perkuburan". Beliau berkata, "kubur adalah persinggahapertama antara persinggahan-persinggahan akhirat. sesiapa yang selamat di persinggahan ini maka persinggahan yang seterusnya akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya sesiapa yang tidak selamat di sini maka kesulitannya akan terus bertambah di persinggahan-persinggahan yang berikutnya." Kemudian beliau menceritakan sabdaan Rasulullah SAW yang berikut, "tidak pernah aku menyaksikan sesuatu keadaan yang lebih menggerukan daripada kejadian-kejadian yang belaku di dalam kubur." Sayyidatina Aisyah memberitahu bahawa Rasulullah SAW memohon perlindungan daripada azab kubur setiap kali solah. Sayyidina Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "jika tidak kerana aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut, nescaya aku akan berdoa kepada Allah SWT supaya azab kubur diperdengarkan kepada kamu juga. Setiap yang bernyawa mendengar suara azab kubur melainkan manusia dan jin."

   Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa sewaktu Baginda SAW dalam suatu perjalanan, tiba-tiba unta Baginda tersentak. Seseorang bertanya, " apakah yang terjadi kepada unta baginda?" Rasulullah SAW bersabda, "ada orang sedang diseksa di dalam kuburnya. Suara azab kubur itulah yang menyebabkan unta itu tersentak."

   Suatu ketika Rasulullah SAW tiba di masjid dan melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa. Baginda SAW bersabda, "jika kamu sentiasa mengingati maut maka sudah tentu tidak berlaku sebegini. Tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa kubur mengatakan, "aku adalah tempat yang asing, tempat yang sunyi,aku adalah tempat ulat-ulat dan binatang. Apabila seorang mukmin(yang sempurna imannya) dikebumikan maka kubur menyambutnya dengan berkata, "selamat datang, kedatangan kamu dialu-alukan. Dalam kalangan manusia yang tinggal di atasku (di atas bumi) engkaulah yang paling aku kasihi. Kini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan baik daripadaku." Kemudian kubur itu akan meluas sejauh mata memandang. Pintu syurga akan dibuka dan bayu serta keharuman syurga dan lain-lain akan sentiasa menuju masuk ke kubur itu.

    Apabila seorang kafir atau seorang fasik(pendosa) dikebumikan maka kubur akan berkata, "alangkah celakanya engkau, kedatangan kamu tidak disukai. Mengapa perlu engkau datang? dalam kalangan manusia yang berjalan di atasku, engkaulah yang paling aku benci. kini,engkau telah diserahkan kepadaku maka engkau akan melihat layanan yang akan ku lakukan kepadamu." Lantas kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah(seperti keadaan jari-jari apabila kedua-dua tangan digenggam antara atu sama lain.) selepas itu sembilan puluh atau sembilan puluh sembilan ular yang besar dilepaskan ke atasnya. Ular-ular itu akan mematuk dan menyeksanya sehingga ke hari kiamat." Rasulullah SAW besabda, "jika seekor sahaja pun daripada ular-ular itu menghamburkan bisa ke bumi maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh sehingga ke hari kiamat." Selanjutnya baginda SAW bersabda ,"kubur merupakan satu taman syurga atau satu lembah neraka."

   Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW melalui dua kubur, lalu baginda bersabda, "kedua-dua ahli kubur ini sedang diseksa. seorang diseksa kerana mengumpat dan seorang lagi diseksa kerana tidak menjaga kebersihan dengan baik ketika dia membuang air kecil(dia tidak menghindar badannya daripada terkena percikan najis).

   Dewasa ini sebahagiaan besar daripada mereka yang dianggap bertamadun menganggap istinjak(membersihkan kemaluan setelah membuang air kecil atau besar)satu perkara yang aib dan merka mempermain-mainkan istinjak.

   Para ulama mengatakan bahawa tidak menjaga kesucian ketika membuang air kecil adalah termasuk dosa besar. Imam Ibnu Hajar Makki menulis bahawa menurut hadis sahih kebanyakan seksa kubur dikenakan kerana tidak menjaga kesucian ketika membuang air kecil.

   Adalah dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa persoalan yang mula-mula sekali akan disoal di dalam kubur ialah mengenai istinjak. Kesimpulannya seksa kubur adalah seksa yang sangat pedih dan berat sekali. Sebagaimana sesetengah maksiat menyebabkan seseorang mengalami seksa kubur demikian juga sesetngah ibadat akan menyebabkan seseorang terselamat daripada seksa kubur. seperti yang telah dinyatakn dalam beberapa hadis bahawa dengan membaca surah al-mulk pada setiap malam menyebabkan seseorang itu terpelihara daripada seksa kubur dan juga daripada azab neraka. Mengenai zikruallah yang boleh melindungi daripada azab kubur........



No comments:

Post a Comment