Monday, November 18, 2013

Aku tinggalkan DIA demi ALLAH


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.Jawab?
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita;
AllahTuhanku dan Tuhanmu
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku

Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada
Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama
DiaSebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar


"i've leave him for the sake of Allah"


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semataYakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.[Ad dhuha: 4 & 5]


Untuk ituAku tinggalkan dirimu padaNya


Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya..Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.(Allah Maha Adil)

[Hud: 56]
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini
Jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)

[An Nur: 26]


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki
dan wanita Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu

[Fussilat:30]


Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat, yakin, pasti
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar danlagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Sayang, kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya
sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu sentiasa~

Wednesday, November 13, 2013

~Syiah,Yahudi dan Majusi~

By: Ibnu Batoota
Note: Saya yang bertanggungjawab atas penulisan ini,jadi tidak dibenarkan copy paste melainkan di kredit kepada page Ibnu Batoota untuk mengelakkan fitnah dan penipuan serta putar belit fakta.

Sepertimana yang telah diterangkan,ajaran agama Syiah ni diasaskan oleh seekor Yahudi yang bertaqiyyah(pura-pura) masuk Islam bernama Abdullah bin Saba',dialah makhluk Allah pertama yang meangangkat Saidina Ali r.a sebagai TUHAN kemudian diikuti oleh majoriti ORANG PARSI yang beragama MAJUSI(penyembah api) yang juga bertaqiyyah(pura-pura) masuk Islam,mereka(orang Majusi) sangat menaruh dendam kepada PARA SAHABAT NABI terutamanya Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a kerana kedua tokoh Islam inilah insan pertama yang berjaya memusnahkan empayar PARSI (yang berpusat di IRAN) sekaligus menghapuskan agama MAJUSI,maka merekalah(orang Majusi) yang mula-mula sekali menyahut seruan Yahudi Abdullah bin Saba' tadi untuk merosakkan agama Islam dari dalam dengan cara mewujudkan agama baru bernama Syiah dan canang ia sebagai agama Islam sebenar...

Tujuan mereka menyokong Saidina Ali r.a diangkat sebagai tuhan adalah kerana beliau adalah menantu Rasulullah s.a.w dan AHLUL BAIT(keluarga Nabi),dari Saidina Ali r.a lah lahirnya Saidina Hasan dan Saidina Husain r.huma yang merupakan penerus generasi Rasulullah...

Mereka gunakan nama Ahlul Bait untuk menjatuhkan Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar kerana mereka fikir umat Islam pasti tertipu memandangkan Abu bakar dan Umar bukan lah ahlul Bait manakala ahlul Bait lebih utama...

Dendam golongan Majusi ini hanya zahir selepas kewafatan Saidina Umar r.a kerana ketika Umar masih hidup,puak-puak Majusi yang ingin merosakkan Islam ini tidak berani tonjolkan diri kerana terlampau takut pada Umar...

Pada zaman khalifah Usman,beliau sememangnya seorang yang lemah lembut,maka saat itulah kumpulan Majusi ini mula berani tonjolkan diri dan hinggalah pada zaman Saidina Ali menjadi khalifah,kumpulan mereka menjadi besar lalu mereka membunuh Saidina Hussain dalam peristiwa Karbala (puak-puak Munafik beragama Majusi itu adalah orang Kafir,mereka menyamar sebagai orang Islam dan membunuh Hussain r.a cucu Rasulullah untuk melagakan umat Islam dan memecahkan umat islam menjadi Syiah yang kononnya pecinta ahlul bait dan Nasibi yang kononnya pembenci ahlul bait,sedangkan yang benar,semua umat Islam cintakan ahlul bait dan yang bunuh ahlul bait itu adalah orang Majusi dan Yahudi)dan menyebarkan fitnah bahawa beliau dibunuh oleh orang Islam...maka berlakulah salah faham yang besar antara umat Islam yang ikhlas mencintai ahlul bait dengan para Sahabat Nabi lalu mereka yang ikhlas tadi bergabung dengan puak Majusi tadi untuk membentuk agama baru dan dinamakan Syiah,mereka terperangkap dengan permainan Majusi...

Sepertimana pada zaman ini,ramai penganut Syiah taraf bawahan hanya jadi boneka paderi-paderi Syiah pihak atasan,pengikut bawahan merasakan mereka berada di pihak yang benar dan benar2 ikhlas mencintai ahlul bait,sedangkan paderi2 atasan tahu mereka sesat dan cuma gunakan nama ahlul bait untuk raih pengikut sahaja..

Oleh sebab itu sampai sekarang penganut tegar agama Syiah ialah orang Parsi di negara IRAN dan telah jelas disebut oleh Nabi SAW, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70,000 orang daripada Ashfahan iaitu di IRAN (Al-Fathur Rabbani Tartib Musnad Ahmad).

Ulasan Al-Imam An-Nawawi rahimahullah dan ulama-ulama kontemporari tentang hadis ini, mereka yang dimaksudkan itu adalah golongan Syiah Rafidhah.

Agama Syiah meniupkan kebencian kepada Abu Bakar dan Umar kerana mereka menghancurkan agama Majusi(penyembah syaitan,kerana mereka sembah api dan syaitan itu dari api),mereka mulanya cuma berdendam dan mengkafirkan Abu Bakar dan Umar sahaja(yang membunuh Umar juga adalah seekor Majusi yang bernama Abu Lu'luah),tapi disebabkan mereka berdua disokong oleh semua Sahabat Nabi,maka Syiah terpaksa kafirkan semua Sahabat Nabi kecuali beberapa orang seperti Saidina Salman Al-Farisi r.a(itu pun sebab Saidina Salman tu orang PARSI,jadi mereka tak sanggup nak kafirkan kaum sendiri),Saidina Ammar bin Yasir r.a(dari beliau mereka ambil dalil halal untuk bertaqiyyah yakni menipu atau berpura2 untuk selamatkan agama kerana Ammar r.a pernah berpura2 "murtad" kerana tidak mahu dihukum bunuh oleh musyrikin Mekah seperti yang berlaku pada ibunya(Sumayyah r.ha) dan bapanya (Yassir r.a)...jika Syiah kafirkan Ammar r.a,maka tidak sah pengambilan dalilnya..

Begitu juga mereka terpaksa mengkafirkan Aisyah dan Abu Hurairah dengan lebih penekanan kerana kedua tokoh ini merupakan sahabat Nabi yang paling banyak meriwayatkan hadis,jika mereka tidak dikafirkan,maka hadis2 Nabi yang memuji2 sahabat seperti Abu bakar dan Umar akan menjadi SAHIH..dengan mengkafirkan dua orang ini,maka disisi mereka semua hadis dari mereka adalah PALSU...

Bak kata ustaz saya:

"Janganlah kita menipu,sebab bila kita menipu,kita terpaksa cipta penipuan yang kedua untuk menutup penipuan yang pertama dan terpaksa cipta penipuan ketiga untuk menutup penipuan kedua..dan seterusnya.."

Inilah yang berlaku pada agama Syiah..

Dimulakan oleh orang Yahudi kerana dendam pada umat Islam..

Disokong pula oleh Majusi yang membenci Abu Bakar dan Umar kerana menghancurkan empayar Parsi dan agama Majusi..

Jadi bila digabungkan dua-dua dendam ini,muncullah agama SYIAH dan mereka menjadi pengikut Dajjal paling tegar untuk berperang dengan Islam...

Sekarang dah nampak kaitan Syiah dengan Yahudi(U.S.A dan Israel) dengan Majusi Parsi (Iran,Lubnan,Syria)?

Iran kononnya sedang bergaduh dengan kawan baik mereka sejak zaman Nabi iaitu Amerika dan Israel...

Sedangkan kedua-dua puak itu adalah golongan Dajjal yang saling bantu membantu...

Media yang dipegang oleh Yahudi sengaja menguar-uarkan Iran(Syiah) sebagai Hero Islam supaya umat Islam yakini bahawa Syiah adalah agama yang benar kerana berani menentang Israel...

Sedangkan negara-negara Islam sebenar yang menentang Yahudi Amerika dan Israel semuanya telah dibumi hanguskan...

Kalau korang ada otak,Insyallah akan FAHAM..tapi kalau korang tak ada otak macam puak Majusi dan Yahudi..maka jadilah SYIAH...

~Selesai mengutuk agama Syiah~

Saturday, November 9, 2013

Azab Kubur

    azab kubur adalah sesuatu yang sangat dahsyat, Kedahsyatannya hanya diketahui oleh orang-orang yang mengetahui tentang hadis-hadis yang mengandungi keterangan-keterangan mengenai azab kubur itu.

    Setiap kali Sayyidina Usman menziarahi perkuburan maka beliau menangis begitu sekali sehingga membasahi janggutnya yang mulia. Ada orang bertanya kepada beliau, "Tuan tidak menangis taktala mendengar perkhabaran tentang syurga dan neraka sepertimana tuan menangis ketika berada di perkuburan". Beliau berkata, "kubur adalah persinggahapertama antara persinggahan-persinggahan akhirat. sesiapa yang selamat di persinggahan ini maka persinggahan yang seterusnya akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya sesiapa yang tidak selamat di sini maka kesulitannya akan terus bertambah di persinggahan-persinggahan yang berikutnya." Kemudian beliau menceritakan sabdaan Rasulullah SAW yang berikut, "tidak pernah aku menyaksikan sesuatu keadaan yang lebih menggerukan daripada kejadian-kejadian yang belaku di dalam kubur." Sayyidatina Aisyah memberitahu bahawa Rasulullah SAW memohon perlindungan daripada azab kubur setiap kali solah. Sayyidina Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "jika tidak kerana aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut, nescaya aku akan berdoa kepada Allah SWT supaya azab kubur diperdengarkan kepada kamu juga. Setiap yang bernyawa mendengar suara azab kubur melainkan manusia dan jin."

   Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa sewaktu Baginda SAW dalam suatu perjalanan, tiba-tiba unta Baginda tersentak. Seseorang bertanya, " apakah yang terjadi kepada unta baginda?" Rasulullah SAW bersabda, "ada orang sedang diseksa di dalam kuburnya. Suara azab kubur itulah yang menyebabkan unta itu tersentak."

   Suatu ketika Rasulullah SAW tiba di masjid dan melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa. Baginda SAW bersabda, "jika kamu sentiasa mengingati maut maka sudah tentu tidak berlaku sebegini. Tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa kubur mengatakan, "aku adalah tempat yang asing, tempat yang sunyi,aku adalah tempat ulat-ulat dan binatang. Apabila seorang mukmin(yang sempurna imannya) dikebumikan maka kubur menyambutnya dengan berkata, "selamat datang, kedatangan kamu dialu-alukan. Dalam kalangan manusia yang tinggal di atasku (di atas bumi) engkaulah yang paling aku kasihi. Kini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan baik daripadaku." Kemudian kubur itu akan meluas sejauh mata memandang. Pintu syurga akan dibuka dan bayu serta keharuman syurga dan lain-lain akan sentiasa menuju masuk ke kubur itu.

    Apabila seorang kafir atau seorang fasik(pendosa) dikebumikan maka kubur akan berkata, "alangkah celakanya engkau, kedatangan kamu tidak disukai. Mengapa perlu engkau datang? dalam kalangan manusia yang berjalan di atasku, engkaulah yang paling aku benci. kini,engkau telah diserahkan kepadaku maka engkau akan melihat layanan yang akan ku lakukan kepadamu." Lantas kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah(seperti keadaan jari-jari apabila kedua-dua tangan digenggam antara atu sama lain.) selepas itu sembilan puluh atau sembilan puluh sembilan ular yang besar dilepaskan ke atasnya. Ular-ular itu akan mematuk dan menyeksanya sehingga ke hari kiamat." Rasulullah SAW besabda, "jika seekor sahaja pun daripada ular-ular itu menghamburkan bisa ke bumi maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh sehingga ke hari kiamat." Selanjutnya baginda SAW bersabda ,"kubur merupakan satu taman syurga atau satu lembah neraka."

   Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW melalui dua kubur, lalu baginda bersabda, "kedua-dua ahli kubur ini sedang diseksa. seorang diseksa kerana mengumpat dan seorang lagi diseksa kerana tidak menjaga kebersihan dengan baik ketika dia membuang air kecil(dia tidak menghindar badannya daripada terkena percikan najis).

   Dewasa ini sebahagiaan besar daripada mereka yang dianggap bertamadun menganggap istinjak(membersihkan kemaluan setelah membuang air kecil atau besar)satu perkara yang aib dan merka mempermain-mainkan istinjak.

   Para ulama mengatakan bahawa tidak menjaga kesucian ketika membuang air kecil adalah termasuk dosa besar. Imam Ibnu Hajar Makki menulis bahawa menurut hadis sahih kebanyakan seksa kubur dikenakan kerana tidak menjaga kesucian ketika membuang air kecil.

   Adalah dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa persoalan yang mula-mula sekali akan disoal di dalam kubur ialah mengenai istinjak. Kesimpulannya seksa kubur adalah seksa yang sangat pedih dan berat sekali. Sebagaimana sesetengah maksiat menyebabkan seseorang mengalami seksa kubur demikian juga sesetngah ibadat akan menyebabkan seseorang terselamat daripada seksa kubur. seperti yang telah dinyatakn dalam beberapa hadis bahawa dengan membaca surah al-mulk pada setiap malam menyebabkan seseorang itu terpelihara daripada seksa kubur dan juga daripada azab neraka. Mengenai zikruallah yang boleh melindungi daripada azab kubur........



Friday, November 8, 2013

Sahabat memadamkan pelita untuk menjamu seorang tetamu

  seorang sahabat telah menemui Rasulullah SAW dan menyatakan keadaannya yang sangat susah dan lapar. Baginda SAW telah menghantar seseorang ke rumahnya tetapi tidak mendapat sesuatu makanan pun. Lalu baginda SAW bertanya kepada para sahabat, "adakah sesiapa yang sanggup melayaninya sebagai tetamu untuk satu malam?"

   seorang sahabat ansar berkata " wahai Rasulullah SAW saya akan melayaninya ". Beliau telah membawa sahabat itu ke rumahnya dan berkata kepada isterinya, "Beliau ini ialah tetamu Rasulullah, janganlah sembunyikan sesuatu bendapun dan pastikan tidak ada sebarang kekurangan dalam layanan kita terhadapnya."

   Isterinya berkata " Demi Allah,ada sedikit makanan untuk anak-anak dan tiada yang lain daripada itu di rumah kita."

Sahabat itu menjawab "tidurkanlah anak-anak sehingga mereka lena dan bawakanlah makanan lalu kita duduk bersama tetamu itu. Kemudian engkau bangun dengan alasan untuk membaiki pelita dan terus memadamkan pelita itu" si isteri telah melakukan seperti yang telal dirancang. Suami isteri serta anak-anak mereka telah menghabiskan malam itu dalam keadaan kelaparan. Oleh kerana peristiwa inilah ayat ini telah diturunkan...

    "Mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat"   surah al-Hasyr (ayat: 9)