Friday, November 8, 2013

Sahabat memadamkan pelita untuk menjamu seorang tetamu

  seorang sahabat telah menemui Rasulullah SAW dan menyatakan keadaannya yang sangat susah dan lapar. Baginda SAW telah menghantar seseorang ke rumahnya tetapi tidak mendapat sesuatu makanan pun. Lalu baginda SAW bertanya kepada para sahabat, "adakah sesiapa yang sanggup melayaninya sebagai tetamu untuk satu malam?"

   seorang sahabat ansar berkata " wahai Rasulullah SAW saya akan melayaninya ". Beliau telah membawa sahabat itu ke rumahnya dan berkata kepada isterinya, "Beliau ini ialah tetamu Rasulullah, janganlah sembunyikan sesuatu bendapun dan pastikan tidak ada sebarang kekurangan dalam layanan kita terhadapnya."

   Isterinya berkata " Demi Allah,ada sedikit makanan untuk anak-anak dan tiada yang lain daripada itu di rumah kita."

Sahabat itu menjawab "tidurkanlah anak-anak sehingga mereka lena dan bawakanlah makanan lalu kita duduk bersama tetamu itu. Kemudian engkau bangun dengan alasan untuk membaiki pelita dan terus memadamkan pelita itu" si isteri telah melakukan seperti yang telal dirancang. Suami isteri serta anak-anak mereka telah menghabiskan malam itu dalam keadaan kelaparan. Oleh kerana peristiwa inilah ayat ini telah diturunkan...

    "Mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat"   surah al-Hasyr (ayat: 9)

No comments:

Post a Comment